top of page

Wong Soon Keat

0339080

soon%20keat_edited.jpg

"

​

Melalui projek ini, saya telah belajar banyak perkara. Dalam projek ini kami telah diminta untuk menghasilkan e-magazine dan sebuah video. Kami telah memilih topik kami sebagai “Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu. Selepas semua penyelidikan yang kami lakukan, saya medapat tahu tentang kepelbagaian dan menarik tentang alat muzik tradisional. Saya juga berasa sedih kerana muzik tradisional kita semakin ketinggalan dengan zaman sekarang. Oleh itu, kami harap video kita boleh meningkatkan kesedaran penonton tentang seni muzik tradisonal. Kita akan tahu seni muzik tradisonal juga boleh menyenorokkan dan menarik.

​

Selain itu, selepas projek ini saya juga mengetahui tentang kepentingan berkerja sebagai sebuah kumpulan. Apabila kami bekerja sebagai sebuah kumpulan, kami dapat meyelesaikan tugasan kita denagn cepat dan cekap. Selain itu, bekerja sebagai sebuah kumpulan juga ada kebaikan yang lain, iaitu kami akan dapat idea yang tidak pernah kita fikirkan.  Ini telahh dikatakan kerana semua ahli kumpulan akan memberikan pendapat berdasarkan perspektif mereka. Bukan itu sahaja, apabila kami menghadapi masalah, meraka akan memberi bantuan dan sokongan kepada kita.  

​

Di sini, saya ingat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan terutamanya ketua kumpulan kami. Saya berasa sangat gembira dan senang hati kerana berpeluang untuk bekerja dengan ahli kumpulan yang baik dan bertanggungjawab. Masalah utama yang kami hadapi adalah tentang komunikasi, sebab situasi covid-19 ini kami tidap dapat bertemu satu sama lain untuk mengadakan perbimcangan. Nasib baik, semua ahli kumpulan bertanggungjawab dengan tinggal aktif di kumpulan whatsapp dan teams kami, dengan ini kami telah meyelesaikan masalah kami tentang komunikasi. Akhirnya, saya berasa diberkati untuk bekerjasama dengan mereka, saya juga berharap kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan.

​

"

Wong Soon Keat: Testimonials

©2021 by Kumpulan 12 Sec 02. Proudly created with Wix.com
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

MPU3123 01/2021
Thursday 4-6pm

Ms. Fadhilah Raihan Lokman

bottom of page