
Penghargaan
Penghargaan
Segunung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Fadhilah, pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia kami yang banyak membantu kami dalam melaksanakan tugas ini. Dalam project ini, Puan Fadillah memainkan peranan penting sebagai pemudah cara sepanjang proses ini. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan meredakan keprihatinan kami di mana kami telah menyelesaikan tugas kami dengan lancar. Tanpa tujuk ajar yang padu daripada beliau, kami tidak akan dapat menghasilkan projek yang lengkap.
​
Terima kasih juga ucapakan kepada tuan-tuan dan puan puan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Dalam wawancara dengan mereka, kami dapat mengeluaskan ilmu pengetahuan kami tentang Seni tradisional Melayu di Malaysia.
​
Malah, ribuan terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan kami, iaitu Serafina, Jia Xin, Max, Soon Keat, Odis, Wee Liam, Wei Tie dan Yong Qi. Segala kerjasama, bantuan, sesi-sesi perbincangan daripada semua ahli kumpulan amat dihargai. Semua ahli kumpulan sama-sama bertungkus-lumus untuk menghasilkan tugasan ini, terutamanya ketua kumpulan kami, Serafina yang sibuk menguruskan kumpulan kami. Tanpa kerjasama dan bantuan ahli-ahli kumpulan, tugasan ini tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.
​
Akhirnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan kepada kami sama ada langsung atau secara tidak langsung dalam tugasan ini. Bantuan dan sokongan mereka akan dikenangi oleh kumpulan kami.
​
Sekian terima kasih.