top of page

Lee Jia Xin

0337515

jia xin.jpeg

"

​

Selamat sejahtera, nama saya Lee Jia Xin. Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Program Bachelor in Science (Hons) Food Science di Universiti Taylor’s. Melalui perbincangan di Teams, kumpulan kami telah memilih topik Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu. Tajuk ini telah dipilih dengan persetujuan setiap ahli kumpulan. 


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Fadhilah Raihan Lokman, pensyarah modul Tamaduan Islam dan Tamadun Asia kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membuat kajian demi mengenali dan memahami dengan lebih mendalam tentang topik ini. Beliau telah menyumbangkan jasa untuk memberikan tunjuk ajar semasa pelaksaan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan atas kerjasama mereka dalam menyelesaikan kerja kursus ini.


Pada permulaan kerja kursus ini, banyak penyelidikan telah dibuat demi memperoleh maklumat tentang topik ini. Hal ini demikian kerana topik Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu merupakan sesuatu topik yang asing kepada saya. Sebagai seorang rakyat Cina, saya tidak berpeluang untuk meneliti dan mengenali tentang Seni Muzik kaum yang berlainan. Pada mulanya, saya telah memperolehi maklumat tentang pelbagai jenis alat muzik tradisional Melayu serta latar belakangnya. Disebabkan ini merupakan kali pertama saya belajar tentang semua aspek mengenai seni muzik tradisional masyarakat Melayu, proses ini adalah amat menarik. Selepas mendengar arahan dan nasihat yang diberi oleh Puan Fadhilah, kumpulan kami telah mengambil tindakan untuk membuat penyelidikan yang lebih mendalam mengenai topik kami. Melalui penyelidikan, saya mengetahui bahawa suara yang dihasilkan oleh alat muzik tradisional Melayu mempunyai makna tertentu. Tambahan pula, saya juga dapat belajar tentang cara alat muzik tradisional dimainkan dan bila mereka digunakan. 


Tambahan pula, kerja kursus ini memberi peluang kepada saya untuk menemu ramah seorang pengarah program universiti bagi seni persembahan. Saya dapat mengetahui maklumat yang berlebihan dari perspektif yang lain iaitu dari aspek seorang profesional yang bekerja sebagai seorang komposer serta dalam bidang yang berkaitan dengan seni persembahan. Melalui temu ramah itu, beliau telah berkongsi pengalamannya mengenai seni muzik tradisional. Pengalamannya adalah amat berharga kerana maklumat sebegini tidak dapat saya perolehi dari Internet. Menurut temu ramah itu, saya mengetahui bahawa seni muzik tradisional Malaysia tidak begitu terkenal di dunia, tetapi masih mempunyai rakyat yang berusaha mengekalkan tradisi ini. Saya diberitahu bahawa remaja masa kini lebih gemar mendengar muzik moden yang dihasilkan dengan alat muzik Barat. Muzik Barat yang moden adalah lebih popular berbanding seni muzik tradisional. Perkara yang terkejut saya adalah apabila saya diberitahu bahawa orang asing yang menyebabkan seni muzik tradisional menonjol disebabkan mereka tertarik dengan keistimewaannya. 


Sepanjang perjalanan projek ini saya telah memperolehi banyak maklumat tentang Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu, saya juga telah mempelajari kemahiran baharu seperti membuat e-portfolio menggunakan laman sesawang Wix. 


Secara keseluruhannya, ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui projek ini adalah amat berharga bukan hanya pada masa kini tetapi juga masa hadapan. Selepas menyelesaikan projek ini, saya sedar bahawa masih terdapat banyak aspek mengenai Malaysia yang harus saya pelajari sebagai seorang rakyat Malaysia. Di samping itu, saya juga telah memperoleh pengalaman yang berharga menerusi projek ini. Saya pasti akan menggunakan kemahiran yang dipelajari pada masa hadapan.

​

"

Lee Jia Xin: Testimonials

©2021 by Kumpulan 12 Sec 02. Proudly created with Wix.com
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

MPU3123 01/2021
Thursday 4-6pm

Ms. Fadhilah Raihan Lokman

bottom of page